aku memang akan simpan tiap nota comel yang ada kat meja aku, takutlah one day lupa ingatan, sebab aku suka momen yang indah.
Wednesday, April 6, 2016
Nota Yang Comel
Senang hati bila kita dapat Nota yang agak comel camni, rasa makan coklat yang terus cair ke mulut. dap er 😂
Tuesday, April 5, 2016
Muhasabah Diri
Kadang-kadang kite pun terikut-ikut kawan-kawan yang terbiasa mencarut manja ni, cuba kita kawal diri bila kita dengar sesuatu yg kurang enak tu dan beristifar ye 😘😘
Wednesday, March 9, 2016
2015
masa telah berlalu
sekian lama aku meninggalkan penulisanku
kini aku telah pun berkahwin
berkahwin dgn lelaki yang dipinjamkan olehNya.
sedetik membaca kisah-kisah lama
membuat aku malu pada diri sendiri
blog yang lepas wajib aku 'delete'
kerana tidak perlu lagi aku menonjolkan
kejelekkan diri yang akan membuat yanh lain rasa terhina. Maafkan aku kerana ia adalah sebuah peribadi pada diri aku
kata-kata yang kini lebih matang
berbanding dahulu
harus aku semaian kata-kata yang
proaktif dan profesional kerana zaman
kini tidak lagi seperti dahulu
kacau bilau jadinya jika di tulis ayat
seperti menghukum diri sendiri
jadi kini aku mahu menulis sendiri
untuk mencoret momen-momen indah
yang aku sendiri kecapi selama ini
jumpa lagi di next entry
🤓🤓
Sunday, February 1, 2015
Thursday, January 1, 2015
selamat tinggal ibu
ibu..
mengapa pergi meninggalkan kami?
disaat kami dahagakan kasih dan sayangmu
ibu..
mengapa dikau pergi sebegitu rupa?
tidak ku sangka begitu hebat dugaanNya
ibu..
hadiah ku buatmua hanyalah doa yang mengiringimu
amanlah dikau disana wahai ibu
kami masih kecil ibu
tidak mengerti sepenuhnya kehilanganmu
mungkin kini daku dan adik-adik menangisi pemergianmu yang takkan kembali
mungkin pada saat akan datang kami dapat menerima tanpamu disisi kami lagi
hari-hari yang mendatang dapatkah kami tempuh dugaanNya?
ibu
kuatkah kami tanpamu?
kuatkah kami menghadapi ini semua?
dugaanNya sungguh hebat dan Allah sedang menguji kami
Ya, Allah lebih sayangkan ibu
dan kami harus menerima hakikatnya
demi tuhan kami sayangkan ibu sampai ke syurgaMu kerana dia telah melahirkan kami empat beradik
kini ayah keseorangan
tanpa permaisurinya
semoga ayah lebih tabah dan kuat bagi menjalani hidup ini
semoga ayah jauh lebih bermakna dari sebelum ini
semoga kami perolehi rezeki yang halal dariMu ya Allah
Ya Allah..
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa ibuku dan ayahku ya Allah
Engkau tempatkan ibuku disisi hambaMu yang beriman
Engkau kuatkan hati kami sekeluarga
kami redha di atas segala ketentuanMu
kami sayangkan Mu
tempatkan kami juga di sisiMu kelak
Amin Ya Rabbal Alamin
selamat tinggal ibu
selamat tinggal
semoga kita berjumpa di pintu syurga
:'(
#puisi yg tercipta atas dasar hati yang ikhlas untuk menulisnya, maaf jika ia tak seindah rupa bila di baca, ianya benar terjadi di dalam family aku, aku coretkan buat anaknya yg masih kecil yang tidak tahu apa-apa. aku dapat merasakan kesedihan di hati mereka. maafkan kami ya Allah jika kami alpa dgn suruhanMu.
mak ngah
maafkan aku tidak dapat berjumpa dgnmu,
maafkan aku tidak dapat memandikan jenazah mu
hanya iringan Yasin dari jauh ku hadiahkn buatmu,
semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosamu dan meletakkan di tempat orang-orang yang beriman,
kenangan dgn mu tidak akan ku lupa
gelak dan tawamu jua
damailah engkau di sana mak ngah.
-dyan
Subscribe to:
Posts (Atom)